Jadi anda perlu tahu tempat2 yang ingin anda lawati untuk memudahkan pembelian tiket yang sesuai dgn keperluan perjalanan anda
Tiket2 boleh dibeli di airport, mana2 newsagencies, 7-eleven dan train station
Bagi yang berkeluarga & ada sekurang2nya seorang anak yang masih bersekolah, ada tiket khas Family Funday Sunday Ticket. Anda boleh menaiki semua bas, light rail, train & ferry pada hari Ahad dengan hanya aud2.50 seorang. Kini, dengan Opal Card pun anda boleh round Sydney dengan bus, train dan ferry dengan harga aud2.50 seorang. Berbaloi-baloi kan?
Refer:
http://www.sydneytrains.info/tickets/which/funday
Yang terbaru, anda juga boleh gunakan Opal Card, refer:
https://www.opal.com.au/
Jika anda berada di Sydney melebihi 4 hari, sebenarnya adalah lebih ekonomi jika membeli MyMulti (weekly) tiket untuk seminggu, kerana ia membolehkan anda menaiki bas, train, light rail & ferry. Lebih jimat berbanding membeli tiket berasingan untuk setiap public transport. Ada MyMulti 1, MyMulti2 n MyMulti 3
Untuk maklumat lanjut, refer:
http://www.sydneytrains.info/tickets/which/mymulti